Thursday, January 21, 2016




GPS GLOBAL PROTECTION & SECURE telah dapat direalisasikan pada Ogos 2014 dan dibarisi oleh anak tempatan. Tujuan penubuhan GPS GLOBAL PROTECTION & SECURE adalah untuk memberi kesedaran maksimum kepada umum bertapa pentingnya perkhidamatan keselamatan masa kini dari sudut aspek rundingcara keselamtan bertaraf professional. Halatuju dan penelitian serta pengurusan GPS dalam semua perkara keselamatan amat menitikberatkan perancangan , program, latihan, formula dan strategi demi memperkasakan sistem keselamatan kearah berwajah baru dinegara kita. Secara amnya GPS, bergerak maju kehadapan bersama barisan tenaga pengajar, fasilitator serta jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dan meiliki Sijil Pentauliahan yang diiktiraf oleh beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pembanguanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) serta pelbagai agensi lain.


Perkhidamatan tersedia serta kursus dan program yang dikendalikan oleh GPS GLOBAL PROTECTION & SECURE adalah Woman Protection Skill (WoPS), Kursus Pengiring Peribadi Eksekutif (Bodyguards), Jururunding Keselamatan (Security Consultan), Ikhtiar Hidup (Survival), Defensive Driving Skill (DDS), Kursus Kemahiran Penggunaan T-Baton (TBT), Strike Force Team (SFM), Cash In Transit (CIT), Team Building (Tema B), Paint Ball Game. Kesemua yang tersebut adalah ditawarkan kepada orang perseorangan, Organisasi, Pertubuhan bukan kerajaan mahupun kerajaan, Syarikat swasta, badan berkanun serta lain-lain agensi.

No comments:

Post a Comment